Tengah duduk-duduk minum kopi dalam bilik yang sunyi, perut aku semakin sakit dan memulas-mulas. Tapi aku nak tulis dan aku nak cakap yang aku sedar kita harus merasai sesuatu untuk tahu yang kita ini masih hidup. Masih punya nyawa - atau hidup macam zombie dalam city of roots. Atau mungkin jugak Zombie kampung pisang. Aduh sakit lagi perut ni!. Kadang kala-kita harus melakukan sesuatu untuk tahu sama-ada kita masih hidup! untuk suara didengar, atau juga dihargai. Maka lahir lah seni itu untuk mereka yang rasa diri mereka mati. Agar suara mereka kedengaran, hanya untuk mereka tahu yang mereka masih hidup.
Jap! sikit lagi.. walaupun perut ni semakin memulas, dah sampai hujung-hujung dah ni. Aku ingin mencari rasa, dalam sesuatu yang aku cipta. Untuk aku baca-simpan. Aku ingin kerja sebab dunia ini tak sempurna. Kerana aku berada dalam ketidak sempurnaan hidup dalam alam yang sempurna ciptaan tuhan. Aku harap ketidak sempurnaan ini terus ada dalam diri aku untuk aku terus memberikan rasa dalam perasaan.
"..... Imperfection give the soul to the things you do. It create the secondary of interpretation to the soul you created...."
Ok.. dah tak tahan nak simpan lagi.. aku nak
Ingin suara dihargai untuk merasai diri ini masih hidup. Untuk memperbaiki diri dan terus berjalan dalam kehidupan dengan berbekal harapan yang datang dari mimpi aku!